Thursday, March 5, 2009

Salam Perkenalan

Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Dengan permulaan yang baik dan saya akan memberikan pandangan, idea, lontaran, pendapat dan berbincang mengenai isu-isu yang perlu dikongsi didalam dunia saiber. Saya perkenalkan diri saya dengan nama Adisegajat

Isu yang melanda remaja hari ini masalah displin dan keruntuhan morel. Oleh itu perlulah sama-sama fikirkan masalah yang melanda remaja hari ini dan baigamana cara mengatasinya.

Baru-bara ini satu isu membuli pelajar berlaku di sekolah Menengah di Kuching, Serawak. Dari segi logik akal sebagai manusia kita tidak sepatutnya membuli sesama pelajar. Masih diperingkat awal sepatutnya mereka lebih menumpukan masa menimba ilmu di dalam alam pelajaraan.

Isu-isu yang melanda remaja hari ini diantaranya isu Mat Rempit, Curi Motosikal, Isu Pembuangan Bayi, tidak menghormati orang tua dan lain-lain perlu kita fikirkan bersama dan cara mengatasinya

Di dalam menghadapi masalah sosial kita juga digemparkan isu mencabar hal ketuanan melayu, tidak lagi
menghormati Raja-raja Melayu yang termaktub dalam perlembagaan, mengadakan domentrasi dan mengugat keharmonian negara yang telah lama dibina hampir 50 tahun selepas merdeka.

Mengapakah perkara ini berlaku dan apakah kedamian yang selama ini dibina akan dirosakkan kerana kepentingan seorang ingin memerintah negara dan sikap pentingkan diri atau ingin membalas dendam kerana berhasrat menjadi Perdana Menteri.